Sunday, August 29, 2010

احعل رمضان شهر العسل،ولا تجعل رمضان شهر البصل والكسل

Ayat di atas bermaksud:Jadikanlah bulan Ramadhan bulan berbulan madu,jgn jadikan Ramadhan bulan bawang dan kemalasan!!

Saya pun tak pasti dari mana saya dapat perkataan tu,tapi saya popularkan di fb, dan ramai yang tertanya-tanya maksudnya..Baiklah,maksud berbulan madu tu bukan berbulan madu dengan isteri,tapi berbulan madu dengan amal kebaikan,berbulan madu dengan Alquran,berbulan madu dengan tarawih,tahajud,sadaqah dan banyak lagi khairat .Ini kerana di bulan Ramadhan ,ganjaran dilipatgandakan,yang sunat seperti pahala fardu,yang fardu apatah lagi!madrasah Ramadhan adalah peluang terbaik untuk kita menyuntik kembali kesegaran dalam beribadat,yang datang setahun sekali...!

Apabila saya mengatakan jgn jadikan ia bulan bawang,makin ramai yang bertanya,,Sebenarnya bawang adalah simbol kepada makanan di Malaysia yang tiba-tiba meriah dengan bazar dan segala jenis makanan yang menyebabkan kita makin berselera.Dari satu segi,perasan tak bahawa banyak makanan(bukan kuih)di bazar berasaskan bawang?Murtabak ada bawang,roti telur ada bawang,lauk-pauk ada bawang,ikannya,ayamnya,,boleh di katakan hampir semua lah..berpada-padalah membeli makanan.Bawang juga bermaksud kepada suri rumah yang memasak,jangan terlalu letak banyak bawang lebih dari bulan lain.atau dari sudut lain,jangan asyik masak sampai lupa beribadat!!





Ramadan juga bukan bulan bermalas-malasan.Puasa bukan alasan datang lambat,tak buat kerja,tapi bila cakap atau sembang,segar lak!
Ingat,berpuasa BUKAN SEKADAR TAHAN LAPAR DAN DAHAGA SAHAJA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails