Kadang-kadang,kita masih tertanya-tanya tentang tips belajar bahasa Arab dengan berkesan.Pada hemat saya,pengalaman adalah rakan terbaik.Di bawah adalah post sahabat saya yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog,dan saya sedang membantunya mengemaskini blognya.Blog beliau boleh di lawati di SINI.Beliau sudah berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengajaran Bahasa Ara,DG 48 dan pernah menjadi Deputy Dean di Celpad.Silalah lawati blog beliau dan jadilah follower!
1. Anda mesti mempunyai cita-cita yang tinggi. Contoh, anda berkata kepada diri anda; Saya akan belajar BA sehingga saya boleh bercakap fasih seperti orang Arab. Atau, saya akan belajar BA sehingga saya mampu memahami semua buku-buku yang ditulis dalam BA. Cita-cita ini harus diingati selalu dengan cara menulisnya di tempat-tempat yang boleh lihat setiap hari. Cara ini akan mengekalkan semangat dan motivasi anda sepanjang masa. Anda hendaklah yakin bahawa anda boleh berjaya.
2. Anda tidak boleh merasa malu. Jangan malu untuk mencuba. Jangan malu ketika melakukan kesalahan. Jangan malu untuk bertanya walaupun kepada orang yang lebih muda atau lebih junior. Belajar daripada kesalahan adalah cara yang sangat berkesan.
3. Wujudkan suasana pembelajaran yang merangsang dan memotivasi anda sepanjang masa. Misalnya, lekatkan di tempat-tempat yang strategi di rumah atau pejabat perkara-perkara yang anda sedang pelajari atau perkara yang anda rasa penting.
4. Pelbagaikan teknik-teknik belajar. Misalnya, menonton video, mendengar perbualan daripada CD, membaca buku dan akhbar dalam BA. Membaca hendaklah dimulakan dengan bahan-bahan yang asas dan mudah dahulu.
5. Anda hendaklah menitikberatkan kebolehan bertutur dalam BA. Praktiskan dengan sesiapa sahaja tanpa rasa malu dan segan. Sebaik-baiknya cuba berkomunikasi dengan orang Arab. Dengan ini anda dapat menguji tahap kecekapan anda. Anda boleh memberitahunya bahawa anda sedang belajar. Bila anda ingin menyebut sesuatu kalimat, sebutlah dengan sempurna dari segi makhraj setiap hurufnya. Terdapat beberapa huruf yang amat dekat bunyinya seperti huruf THA' dan SIN dan SAD. Sebutlah huruf-huruf ini dengan sempurna seperti mana anda menyebutnya ketika membaca al-Quran al-Karim. Sebutan yang tidak betul akan menyebabkan pendengar sukar menangkap maksud yang anda ingin sampaikan. Matlamat kemahiran bertutur ialah anda boleh bertutur dalam BA dengan penuh yakin, mudah, tidak kekok dan secara automatik.
6. Anda hendaklah memulakan perkara-perkara asas dalam BA. Jangan terus lompat ke tahap tinggi.
7. Ketika mencatat perkataan-perkatann baru, jangan mencatat perkataan-perkataan secara individu. Sebaliknya, catatlah perkataan beserta penggunaannya di dalam ayat dan cuba ulang dan praktiskan.
8. Kemahiran-kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis saling berkaitan. Bacalah bahan-bahan dalam BA yang sesuai dengan tahap anda. Jadikan membaca bahan-bahan dalam BA sebagai suatu rutin harian. Ia sangat berguna dalam memantapkan penguasaan anda dalam BA. Jika anda berterusan dengan rutin ini, anda akan dapat rasai perubahan pengetahuan anda. Membaca adalah suatu kemahiran yang berlangsung sepanjang hayat.
9. Kemahiran menulis boleh dimulakan dengan membuat satu jadual rutin atau tugas harian, atau mingguan, surat ringkas kepada sahabat, surat jemputan dan lain-lain. Anda juga boleh manfaatkan kemudahah e-mail dan lain-lain untuk mempraktiskan kemahiran menulis.
10. Anda hendaklah faham bahawa satu daripada aspek penting bahasa ialah kemahiran dalam menggunakannya. Kerana itu memahami sahaja tidak memadai, malah harus disertai dengan kemahiran menggunakannya.
11.Menggunakan jadual untuk belajar adalah sesuatu yang sangat efektif. Contohnya, buat satu jadual untuk membaca setiap hari selama 1 jam misalnya di mana-mana masa yang sesuai. Mulakan dengan buku-buku yang asas dan mudah, tetapi bukan buku-buku tentang kaedah-kaedah Nahu/Saraf, malah buku-buku bacaan biasa sepert cerita-cerita pendek, kisah para Nabi dan sebagainya. Teruskan membaca walaupun sedikit, setiap hari, dari satu buku ke satu buku. Jika anda komited dengan jadual anda, pasti anda akan dapat lihat hasilnya dalam jangka masa yang tidak lama.

No comments:
Post a Comment