Monday, May 17, 2010

يوم المعلمين

Apabila berbicara tentang guru,walaupun penulis seorang tutor,tapi tetap terkenangkan jasa guru.Guru dan pensyarah,sama tapi tak sama.Saya yakin bila sebut perkataan guru-berasal dari bahasa sanskrit-kita teringat sama ada guru sekolah rendah yang mengajar kita bermula a.b.c,alif,ba ta,..atau guru sekolah menengah.universiti,di tempat ketiga minda kita.
Semua guru adalah pensyarah,tapi tak semua pensyarah adalah guru!Kalau analogi ini kurang difahami,cuba anda fikirkan dalam-dalam...anda akan mendapat jawapannya.
Ada juga yang bertanya,cikgu kelas memandu pun dipanggil guru
ke?Ya,jawapan saya.Formal atau tak formal,tua atau muda,jika kita dapat sesuatu dari mereka,merekalah
guru

من علمني حرفا صرت له عبدا

RENUNGKAnlah kata-kata di atas!Dahulu,ada seorang Sarjan polis,ajar saya skill bercatur,sampai sekarang saya panggil dia cikgu!Saya belajar blog daripada ustaz Azrul Azlan,muda dari saya,dan dialah sifu saya dalam blog!la musykilata!

Teringat masa saya darjah 3,saya ditampar oleh Cikgu Halida,-lelaki-sebab lambat baca Quran..dan selepas itu,saya dapat menguasai tajwid dengan mudah.Ditampar cikgu Nazri,sebab bising dalam library sekolah,didenda oleh cikgu Awang masa sekolah agama petang..semuanya memori yang tak terlupa.

DI MAAHAD MUHAMMADI LELAKI ,saya berusaha menuntut ilmu sebanyak mungkin.Duduk di asrama,dengan kawalan ustaz zawawi,Ust Nik Me,Ustaz wei, belajar nahu kelas malam.mendalami seni khat ,hormat kepada mudir Nik DIR yang tawaduk,kemudia saya bertutur bahasa Arab dan memahirkan diri dalam bahasa itu,sehinggakan ketika di tingkatan 6 bawah,saya taqdim tajuk nahu setengah jam dalam bahasa Arab!










Walaupun begitu,guru,muallim,mudarris,cikgu,pensyarah,tutor,muaddibah(istilah PASTI),teacher,sifu,...tugas mendidik tetap sama.benarlah kata-kata Amir Asyuara Ahmad Syauqi yang mengatakan bahawa guru ini hampir-hampir menjadi rasul!:



قم للمعلم وفه التبجيلا #كاد المعلم أن يكون رسولا



أعلمت أعظم أو أجل من الذي#يبني وينشئ أنفسا وعقولا



Ungkapan Mirwana dibawah dalam nasyidnya tentang guru juga mempunyai lirik yang kuat!









Usman Awang pula mengungkapkan jasa guru dalam kata-kata yang amat menarik ,sebagaimana di bawah(ditranslatekan ke bahasa Arab)



لو هذا اليوم يملك رئيس الوزراء السلطة
لو هذا اليوم يجلس الملك على عرشه
لو هذا اليوم رئيس لدولة ما
لو هذا اليوم عالم محترم
لو هذا اليوم فاز المحامي في المحكمة
لو هذا اليوم كاتب مشهور
لو هذا اليوم أي إنسان يكبر،
بدايته من مجرد معلم عادي
بلطفه وصبره يعلم الكتابة والقراءة


BEGITU juga penyair iraq ,Maaruf Rusofi mengungkapkan tentang kelebihan seorang guru


له الفضل في تعليمهم أفصح اللغا# وغر القوافي والكلام المحبرا
فكل فتى منهم أديب نقيمه# ليلقى درسا أو ليقرع منبرا
لك ابن زريق منة سرمدية #سيذكرها في دهره من تذكرا
إذا ما سمعنا ناطقا بفصاحة# من الناس أثنينا عليك تشكرا
كفى بالسكاكيني في القدس شاهدا# بما لك من فضل عميم على الورى
فقد كان قبل اليوم تلميذك الذي# غدا اليوم أستاذا كبيرا مفكرا


Namun,perlu kita ingat,sebaik-baik Muallim ialah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimaan kata penyair Attuhami:


إن قال داعي الحق من يتقدم#فأنا الحقيقة كلها أنا مسلم


ومعلمي في العالمين محمد#صلى عليه الأنبياء وسلموا


wa filkhitam,




1 comment:

andalus said...

wah...tak sangka zaman skolah ustaz macam tu..apa2 pun,ustaz sendiri dah terlalu bnyak tabur jasa dan bakti..smoga smua urusan dunia akhirat dpermudahkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails