Thursday, December 16, 2010

استقام kepada استقامة


تشغلني خطوات إعلال في كلمة استقام إلى استقامة أياما كثيرة رغم تعلمي هذا الأمر مسبقا،بيد أني نسيته بمرور الأيام والسنين حيث القضية لم تجد اهتماما كبيرا لنا بوصفنا معلمي العربية للمبتدئين في كثير من الأحيان.
وبالنسبة لمصدر "استقام"وجدت مصدرا آخر "استفعلة" لكنه غير مشهور،وقد طرحت هذا السؤال لصديقي المقيم في إندونيسا طلبا للعلم هناك،هو ماليزي الأصل،متخصص في الشريعة لكنه مع ذلك من هواة القواعد العربية،ونشكره ألف شكر على بيانه الوافي في هذا..



Terdapat pertanyaan bagaimana perubahan fi’ilاِسْتَقَامَ kepada اِسْتِقَامَةً dari segi wazannya, I’lalnya?

Alhamdulillah, penulis akan menerangkan sedikit point-point berbentuk soal jawap bagi kita mengetahui gambaran umum dan seterusnya kepda penerangan yang perubahan kalimat yang diatas.

1. اِسْتَقَامَ kalimat apa ? kalimat Fi’il
2. Fi’il apa ? fi’il madhi yang yang stulasi mazid yang mu’tal ain.
2. Apa wazannya ? اِسْتَفْعَلَ
3. Jika boleh di tashrif maka harus ditashrifkan:



klik pada gambar


4. Kemudian bina’nya apa ? Ajwaf Wawu

(Ajwaf bermaksud dari segi bahasa adalah “yang berongga” atau “berlubang” kerana kosong huruf yang di tengah (ain fi’il) dari huruf shohih)


1) Penerangan اِسْتَقَامَ


1-Asal, 2- Pindah, 3- Ganti




اِسْتَقَامَ
asalnya اِسْتَقْوَمَ mengikut wazan اِسْتَفْعَلَ . Kemudian harokat wawu’ nya اِسْتَقْوَمَ dipindah pada huruf sebelumnya (huruf qaf) kerana :

Menurut Qa’idah : Tentang memindahkan harokat wawu atau wawu ya’ pada huruf sebelumnya yang mati.

“Apabila ada wawu atau ya’ berharokat terletak sesudah huruf shohih yang mati (sukun), maka harokatnya harus dipindahkan pada huruf shohih yang mati itu”.
“Apabila harokat yang dipindah itu sesuai dengan wawu atau ya’ , maka wawu atau ya’ itu tetapkan (tidak diganti)”.
“Apabila tidak sesuai maka wawu atau ya’ itu wajib di ganti dengan huruf yang sesuai dengan harokat yang di pindah itu”.


Lalu kemudian wawu pada اِسْتَقَوْمَ diganti alif karena asalnya ia berharokat dan sekarang ia terletak sesudah fathah. Maka menjadi ia اِسْتَقَامَ

Menurut Qa’idah: Tentang menganti wawu atau ya’ dengan alif.

“Apabila ada wawu atau ya’ berharokat dan huruf sebelumnya berharokat fathah, maka wawu atau ya’ itu harus di ganti alif”.

Terdapat juga Qa’idah daripada matan al-Alifiyyah Ibn Malik, Halaman 215
فصل في اجتماع الواوِ والياء إلخ. (Pasal pada menjelaskan berkumpulnya wawu dan ya’)



مِنْ وَاوٍ أَوْ يَاءٍ بِتَحْرِيْكٍ أُصِلْ أَلِفًا ابْدِلْ بَعْدَ فَتْحٍ مُتَّصِلْ



2) Penerangan اِسْتِقَامَةً


1-Asal, 2-Pindah, 3-Ganti, 4-Buang alif & Ganti ta' diakhir kalimat



اِسْتِقَامَةً asalnya اِسْتِقْوَامًا mengikut wazan اِسْتِفْعَالاً . Kemudian harokatnya wawu di pindah pada huruf shohih sebelumnya menjadi اِسْتِقَوْامًا kerana :

Menurut Qa’idah : Tentang memindahkan harokat wawu atau ya’ pada huruf sebelumnya yang mati.

“Apabila ada wawu atau ya’ berharokat terletak sesudah huruf shohih yang mati (sukun), maka harokatnya harus dipindahkan pada huruf shohih yang mati itu”.
“Apabila harokat yang dipindah itu sesuai dengan wawu atau ya’ , maka wawu atau ya’ itu tetapkan (tidak diganti)”.
“Apabila tidak sesuai maka wawu atau ya’ itu wajib di ganti dengan huruf yang sesuai dengan harokat yang di pindah itu”.

Kemudian lalu wawu pada اِسْتِقَوْامًا diganti alif maka menjadi اِسْتِقَاامًا , maka berkumpullah dua alif , lalau salah satu dari dua alif tersebut dibuang dan diganti dengan ta’ yang diletakkan diakhir kalimat kerana :

Menurut Qa’idah : Tentang Memberi ganti alif dengan ta’ .

“Apabila ada fi’il bina’nya ajwaf mengikuti wazan أَفْعَلَ atau اِسْتَفْعَلَ , maka dalam masdarnya wawu atau ya’ nya harus diganti alif, lalu alif itu dibuang dan diberi ganti ta’ yang diletakakn di akhir kalimat”.



Apabila sudah digantikan, maka menjadi ia اِسْتِقَامَةً .




Terdapat juga Qa’idah daripada matan al-Alifiyyah Ibn Malik, Halaman 218
فصل في نقل الحركة إلى الساكن قبلها (pasal memindahkan harokat pada huruf mati sebelunya).



وَمَفْعَلٌ صَحِّحَ كَالْمِفْعَالِ * وَأَلِفِ الإِفْعَالِ واسْتِفْعَالِ
أَزِلْ لِذَا الإِعْلاَلِ والتَّا الْزَمْ عِوَضْ * وَحَدْفُهَا بِالنَّقْلِ رُبَّمَا عَرَضْ

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails