Friday, March 19, 2010

PENING PASAL MASDAR?

ما هو المصدر؟
Apa itu masdar?secara mudahnya,ia adalah kata terbitan.Kalau dalam bahasa Melayunya,makan adalah kata kerja,maka masdarnya ialah pemakanan.pergi-pemergian,baca-bacaan dan pelbagai lagi contoh.dalam buku level 1b,masdar dipelajari pada semester ke 2,dan ia tidak banyak,cukuplah faham asas,dan hafal sahaja.Sekitar 10- 15 sahaja.
أكل-أكلا
دعا-دعاء/دعوة
جلس -جلوسا
ركع- ركوعا
sekadar beberapa contoh.masdar dalam bahasa Arab memang lebih banyak ,dan penggunaannya pun ada peringkatnya.Walaupun ia hampir sama dengan bahasa kita.tapi kadang-kadang,pelajar Melayu dilanda kecelaruan minda.cthnya begini:merokok-يدخن, dan kalau dilarang MEROKOK(masih perkataan yang sama)-ممنوع التدخين.macam mana tu?
Apa pun,kalau anda masih celaru tentan masdar,ataupun mahu lebih terperinci,dan anda tidak ada rujukan dalam bahasa Arab,atau ada tapi susah utnk difahami,atau anda memang jenis susah nak belek buku,saya ada jawapannya.E-BOOK MASDAR!
PADA hemat saya,ia merupakan buku yang lengkap tentang masdar dalam bahasa Melayu yang amat-amat diperlukan oleh pelajar Malaysia!!Dikarang oleh saudara Azlan Abd Rahman,diterbitkan oleh utusan publication cetakan pertama 2007,dan ia dikarang dalam konteks kajian penulis tentang masdar dan pelajar itu sendiri,dan ini menjadikan e book ini dalam kelasnya yang tersendiri.
Sesuai dengan fungsinya sebagai e-book,anda boleh membaca hampir 80% daripada kandungan asalnya,jika mahu baca selebihnya,kena belilah,sebab e-book ini percuma!jika mahu,anda boleh print juga sebab kalau baca melalui komputer akan menyebabkan anda pening-pening lalat!Apapun,semoga Allah merahmati saudara Azlan atas usahanya yang amat gigih!
Untuk melayari e-book tersebut,sila klik DI SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails