Tuesday, May 11, 2010

MEMANTAPKAN KEMAHIRAN BERBAHASA

peningkatan penutur bahasa Arab dari tahun ke tahun


2 POST saya yang terkini mungkin sukar difahami,kerana ia fully Arabic..hmmm,sorilah ye..tapi kalau mahu mengetahui apa yang disebut,anda bolehlah guna google translator,,tapi harus dingat!google tu hanya untuk bahasa suratkhabar,kalau bahasa peradaban,memang hancurlah terjemahannya..cuba anda taip ustaz,dan tgk terjemahannya=PROFESSOR!tak dinafikan ustaz bermakna prof,tapi penggunaannya berkembang dan ia juga sama untuk muallim/mudarris!sebab satu lagi,saya meraikan orang yang memahami bahasa Arab.تعادل.
post dibawah adalah dari blog kawan saya.saya postkan dulu ,nanti saya akan bagi komentar bagi setiap perenggan(komentar saya dalam kurungan warna merah italic).MOTIVASI dari tulisan beliau amat BERMANFAAT,moga-moga ia menyuntik semangat kita untuk terus memahami dan mendalami bahasa Al-Quran ini.


Terdapat satu kesilapan besar dalam memahami apa itu kemahiran bahasa. Ramai orang menganggap bahawa apabila seseorang memahami kaedah dan ciri-ciri suatu bahasa maka dia dianggap seorang yang mahir dalam bahasa tersebut. Pada hakikatnya dia belum boleh dikatakan sebagai seorang yang mahir dalam bahasa tersebut. Ini kerana penguasaan dalam suatu bahasa harus diukur dari suduat kemahirannya dalam menggunakan bahasa tersebut. Kemahiran bahasa bukanlah suatu teori, tetapi ia adalah suatu praktikal. Memahami bahasa secara teori sahaja hanyalah satu bahagian kecil daripada proses pembelajaran bahasa. Sudut yang benar-benar dapat mengukur tahap kemahiran seseorang ialah kebolehan menggunakan bahasa secara praktikal.

(betul,ramai menganggap bahasa ialah pandai tahap majnun grammar.i'rab detail,mazhab bahasa dll..betul,itu semua penting,tapi tahu nahwu dan bila bertutur -fi kitabun!!paling basic maa.. jar majrur!BIG PROBLEM.atau tulis,benda yang sama aje salah,tapi bila ditunjukkan kesalahan,"eh,yalah..mcm mana ana boleh salah?"ingat,اللغة هي الممارسةdan satu lagi,اللغة كائن حي.maknanya bahasa ini benda hidup jugaklah,tak digunakan,mati!)

Berdasarkan hakikat inilah didapati bahawa ramai orang yang belajar Bahasa Arab (BA), tetapi tidak ramai yang dapat menguasainya dalam erti-kata yang sebenarnya. Puncanya ialah cara pembelajaran yang tidak seimbang. Penekanan lebih banyak diberikan kepada teori sementara pembelajaran dan latihan secara praktikal sering kali diabaikan.
(kita memang dah terlebih teori,semenjak tgktn 1,semua subjek Arab,dikaitkan dengan nahu,memang bagus!tak dinafikan,sampai sekarang melekat i'rab ,tapi pertuturan?(-masa sekolah,semua madah Arab dalam bahasa Melayu,sebab sukatan dan masa setengah jam aje-alangkah eloknya jika ada ruang dan peluang untuk mumarasah,cthnya:setiap bermula kelas,ada taqdim daripada pelajar dalam 3-5 minit.kemudian,ustaz bg komentar.semester 3 baru-baru ini,saya mengajar listening dan writing,tapi setiap hari dua pelajar kena bercakap di hadapan.tajuk bebas!)


Di negara kita, BA sudah dipelajari sudah sekian lama samada di pondok-pondok, sekolah-sekolah agama, maktab-maktab, universiti dan juga secara persendirian. Malah, BA juga sudah diajar di sekolah-sekolah bukan agama sebagai subjek pilihan. Namun satu perkara yang menimbulkan tandatanya ialah pelajar-pelajar yang sudah bertahun-tahun mempelajari BA tidak mampu menggunakannya walaupun dalam perkara-perkara asas. Realiti ini sudah tentu sesuatu yang merugikan dan sekaligus menuntut mereka yang peka dalam hal ini agar mengemukakan idea dan mengorak langkah ke arah memantapkan tahap penguasaan BA. Sebagai seorang muslim, ini adalah suatu kewajipan bukan suatu kegiatan.
(pelik tapi benar,!basic pun ada masalah lagi.contohnya.saya x menyangka akan jumpa الاسمي pada level 4 skills,sedangkan kesalahan ini sepatutnya di level 1!!huh.kalau kos BEN ke, lain cerita,ini kos BARB!PONING EDEN)

Artikel ini akan cuba mengemukan beberapa idea kearah memertabatkan tahap keupayaan dan penguasaan BA.



Seperti yang disebutkan tadi, aspek yang sering diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran BA ialah penguasaan kemahiran bahasa. Terdapat empat jenis kemahiran asas bahasa iaitu:


1. Kemahiran Mendengar
2. Kemahiran Bertutur/Bercakap
3. Kemahiran Membaca
4. Kemahiran Menulis



1. Kemahiran Mendengar




Sebaik sahaja seorang bayi dilahirkan, dia terus memulakan proses pertama dan utama dalam rangka mempelajari bahasa ibundanya. Cuma, ia berlaku tanpa disedari. Proses ini berlaku secara terus menerus tanpa henti. Dia mendengar daripada semua orang di sekelilingnya. Walaupun ia tidak dirancang, namun ia benar-benar suatu latih-tubi yang amat intensif. Sedikit demi sedikit dia mengenali suara, cara sebutan, intonasi, sampailah kepada pembentukan ayat-ayat. Pada tahap ini, kanak-kanak kecil hanya belajar kemahiran mendengar secara sehala. Ini adalah tahap pembinaan dan pengukuhan. Tanpa melalui tahap ini, perkembangan bahasa seoranag kanak-kanak akan terganggu. Masalah ini dapat dilihat dengan jelas pada kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, di mana tahap penguasaan bahasanya begitu lembab berbanding kanak-kanak biasa.
(YAP.kita mendengar dulu, baru bertutur,jadi,,kuasailah kemahiran mendengar..kalau kita seorang penutur yang baik,kita juga
perlu menjadi pendengar yang baik)

Apakah bentuk bahasa yang didengari oleh kanak-kanak? Adakah dia mendengar kalimat-kalimat secara berasingan? Sebenarnya, dalam proses mendengar, kanak-kanak tidak disogokkan dengan kalimat-kalimat secara berasingan seperti yang terdapat dalam kamus. Malah, dia mendengar bahasa digunakan dalam ayat yang lengkap dan dalam suasana yang sebenar. Menurut pakar, semakin banyak latihan mendengar dilakukan, maka semakin mantap penguasaan bahasa seorang kanak-kanak. Inilah faktor asas kenapa kanak-kanak dapat menguasai bahasa ibundanya dengan sempurna dalam masa yang singkat.
Satu daripada kesan latihan mendengar yang mantap ialah seseorang akan dapat menangkap maksud perkataan dan bentuk-bentuk ayat yang didengari secara automatik, iaitu tanpa berfikir, dan mampu memberi reaksi yang sesuai.
Suasana pembelajaran kanak-kanak seperti di atas harus diadaptasi dengan sebaik-baiknya untuk membentuk kemantapan kemahiran mendengar yang menjadi asas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran yang berikutnya. Pakar-pakar bahasa mengatakan bahawa belajar melalui pancaindera mendengar adalah lebih berkesan daripada belajar melalui pancaindera penglihatan.
(makanya,kita tak dengar satu satu perkataan,bila mahu habis maa...dengar ayat lengkap!)

Bagaimanakah cara merealisasikan proses pembelajaran mendengar seperti yang diterangkan di atas. Terdapat berbagai teknik untuk menghasilkan proses pembelajaran tersebut.
Mendengar CD atau kaset yang mengandungi rakaman perbualan yang sebenar. Sebaik-baiknya hendaklah dimulai dengan tahap yang asas (elementary), yang mengandungi tajuk dan bahasa yang mudah, iaitu yang berlaku seharian. Mungkin anda boleh mencipta sendiri bahan-bahan atau alat-bantu belajar tersebut atau mendapatkannya daripada internet. Mula-mula, dengar CD dengan penuh perhatian. Jika ianya agak panjang, anda boleh gunakan 'pause' dan ulang-dengar beberapa kali. Catat perkataan yang tidak difahami dan setelah mengetahui maksudnya dengar sekali lagi, malah sehingga beberapa kali sehingga anda memahaminya seratus peratus. Mendengar berulang-kali amat penting dalam proses memantapkan kemahiran mendengar. Tenik ini hendaklah diteruskan dari satu CD ke satu CD atau lain-lain media. Kemahiran mendengar anda bergantung sebanyak mana bahan yang anda dengar dan sebanyak mana masa yang anda habiskan untuk tujuan itu. Dalam membuat catatan anda tidak digalakkan untuk mencatatkan perkataan secara berasingan, sebaliknya hendaklah dicatatkan dalam bentuk bagaimana ia digunakan di dalam ayat.

(untuk memaksimumkan pemahaman,kertas dan pensel ada ditangan anda..tulis nota seringkas yang mungkin,orang lain x faham x pe.yg penting ANDA FAHAM TULISAN ANDA.CUBA applykan dalam bentuk PETA MINDA)
Media pandang-dengar seperti VCD juga baik untuk digunakan dengan mempraktikkan teknik yang disebut di atas. Mendengar sambil melihat mungkin lebih dekat kepada proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Ia akan memberi kesan yang lebih mendalam. Cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang maksima ialah menonton babak demi babak secara berulang-kali. Jangan beralih ke babak kedua selagi babak pertama belum dapat difahami sepenuhnya.(jika mendengar bermain dengan imaginasi,menonton mengikat imaginasi anda.perhatikan pergerakan mulut dalam vcd/dvd.dan,kalau ada terjemahan,cuba jangan tebing tengok ye!)
Mendengar radio adalah sesuatu yang amat mudah
. Pilihlah program yang sesuai dengarlah dengarlah dengan tekun. Dalam masa yang singkat anda akan dapat rasai hasilnya.
Jika anda berada di sebuah negara Arab, ini adalah satu peluang keemasan untuk anda garapkan segala kemahiran termasuklah kemahiran mendengar. Bergaullah dengan pelajar-pelajar Arab dan juga penduduk tempatan (kalau keadaan mengizinkan). Satu fenomena yang menyedihkan berlaku kepada penuntut-penuntut Malaysia di luar negara dimana mereka lebih suka bergaul sesama sendiri. Sikap ini amat merugikan sekali. Janganlah perkara ini terjadi kepada anda. Mungkin peluang seperti ini tidak berulang di masa akan datang.
Jika proses ini berjalan dengan lancar, anda akan dapati bahawa semakin lama, semakin mudah bagi anda memahami bahan-bahan yang anda dengar, dan pada masa yang sama ia menunjukkan bahawa anda telah melakukan sesuatu yang betul.
(ini realiti,dan ia terjadi di Mesir,pelajar Malaysia paling ramai.yang kedah di asrama Kedah,kelate samo nga puok2 dio..macam mana nak mumarasah?yang pelik lagi,talqqi pun dengan orang MELAYU GAK?kenapa x ambik peluang ihtikak dgn Arab?balik Malaysia,cakap ammi aje.Aib kabiirrr!!)
2. Kemahiran Bertutur



Hubungan bahasa dengan kemahiran bertutur amat rapat sekali. Kemahiran ini adalah neraca yang paling asas untuk mengukur penguasaan seseorang dalam sesuatu bahasa. Walaupun kemahiran mendengar menjadi asas kepada kemahiran-kemahiran yang lain, namun ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat. Kemahiran bertutur juga boleh dikatakan sebagai natijah pertama daripada kemahiran mendengar. Bagaimana hendak merealisasikan kemahiran ini? Di bawah ini diterangkan beberapa teknik yang asas untuk tujuan tersebut.
Hendaklah dimulakan dengan perbualan yang mudah, iaitu mengenai perkara-perkara yang paling kerap berlaku di dalam kehidupan anda seharian, di rumah, masjid, pejabat, sekolah, dan sebagainya.

(bertuturlah bahasa Arab pada waktu senang dan susah!)
Hendaklah dicatatkan perbualan-perbualan yang anda sudah pelajari, tetapi bukan untuk dibaca sendiri, malah ia sebagai rujukan jika terlupa, dan untuk mengetahui sebanyak mana perbualan yang sudah dikuasai. Jika ada perkataan yang baru, jangan dicatat perkataan secara individu, sebaliknya dicatat cara penggunaannya dalam ayat.
Perbualan ini hendaklah diulangi sebanyak yang mungkin sehingga ia menjadi sebati dan dapat mengucapkannya dengan pantas tanpa perlu berfikir.
Carilah teman belajar yang dapat membantu anda mempraktiskan perbualan, 2 orang atau lebih. Boleh buat kumpulan tetapi jangan terlalu ramai (paling ramai 4 orang). Sebaik-baiknya ialah orang yang mempunyai cita-cita yang sama. Praktiskan perbualan di mana-mana sahaja, tidak terhad di dalam kelas sahaja, malah cuba berinteraksi dengan BA melalui talipon, email, surat menyurat dan lain-lain. (berbual dengan kawan dulu,kalau depa gelak,buat tak tahu je.facebook boleh digunakan juga)
Ketika mempraktiskan kemahiran ini, hendaklah sentiasa bayangkan perbualan-perbualan yang selalu dan paling kerap berlaku, kemudian kemukakan soalan; Bagaimana hendak menuturkannya dalam BA? Selepas itu tanyalah pakar, kemudian praktiskan. Cara ini akan menimbulkan satu kepuasan dan merasai bahawa BA adalah relevan.
Jangan takut membuat kesilapan. Belajar melalui kesilapan. Jangan peduli apa orang lain kata. Jika anda takut melakukan kesilapan, ini bermakna anda telah meletakkan diri anda di dalam sebuah bilik gelap, dan tidak akan dapat maju walaupun selangkah. Sikap ini sangat merugikan diri sendiri.
Jika anda menghadapi masalah rujuklah kepada pakar.

(dare to fail maa..)
Semasa mempraktis kemahiran bercakap, kemahiran mendengar hendaklah diteruskan. Mendengar secara berterusan akan memperkasakan kemahiran bercakap. Malah kedua-duanya saling menguatkan antara satu sama lain.
Ambilberat cara menutur atau menyebut setiap huruf. Cuba sebut setiap huruf berdasarkan makhrajnya seperti mana anda lakukan ketika membaca al-Quran al-Karim. Banyak huruf-huruf Arab yang mempunyai sebutan yang hampir sama. Contohnya huruf SIN dan THA', dimana ramai orang menyebut THA' seperti menyebut SIN. Makhraj-makhraj huruf bukanlah suatu masalah bagi orang Melayu, tetapi sayangnya ia tidak diambilberat ketika mempraktiskan perbualan. (untuk dapat sebutan yang betul,pergilah talaaqi musyafahah..senang belajo)
Di peringkat permulaan, jangan bercakap dengan laju. Beri perhatian kepada sebutan yang betul. Jika latihan berterusan, kelancaran bercakap akan terbina sendiri sedikit demi sedikit. Perhatikan bagaimana penutur asal atau pakar bercakap.
Hendaklah belajar dengan tekun dan tumpuan yang penuh. Ingatlah bahawa belajar adalah suatu proses yang memerlukan komitmen yang tinggi. Jika anda dapat mengikuti langkah-langkah ini, anda akan dapat lihat hasilnya nanti.

(cakap biar berbutir,jelas..laju ,perlahan bukan masalah.yang penting,istiqamah !!)

2 comments:

aqilahm said...

slm ust..baru faham apa makna khat ust atas pinggan kertas tu..maksudnye bahasa itu benda hidup. taip kat google translator "bahasa organisma"--apekah.

psl kalam tu..betul2 jgn malu ble salah..tapi sgt segan bila ust arab senyum2 bila ktorg salah..mybe sbb apa yg disebut tu jadi makna lain.

dari skola lagi salah nahu tu rase mcm betul. kat skola slalu gune ma ismuki?...bile kat uia,ust first yg sebut perkataan masmi- ust maad ,dia hazafkan sebutan alif..baru tau rupenye nak sebut tu kene hazaf alif.

syukran ats perkongsian.

Anonymous said...

ustaz:
yap...bahasa itu benda hidup..sebenonya kita biasa dengar kainat...mufradnya kaain!
ustz senyum x semestinya salah,,tapi topik menarik dll
betul: masmuki lebih tepat dari ma ismuki?
err,,,masmi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails