Saturday, June 5, 2010

dilantik sebagai moderator درس اليوم di PBAM


Tanpa angin, ribut,pokok bergoyang,saya dapat mesej melalui inbox facebook dari Ustaz Wan Rusli bahawa saya dilantik sebagai moderator درس اليوم di laman sesawang PBAM.Dua moderator lagi ialah Ustaz Wan Rusli sendiri dan Tuan Arshad.

Saya dan Ustaz Rusli sudah kenal lama lagi,semenjak saya di matrikulasi,beliau tahun satu di main camp,dan risalah Sorir Al -Aqlam terbitan Persatuan Bahasa Arab UIA dijual di matrikulasi.Namun,saya tidak rasa ia penyebab kuat saya dilantik,atau kerana saya ni pandai dalam Bahasa Arab sedangkan ramai lagi yang lebih mantap daripada saya.Saya cuma offer untuk menyemarakkan Persatuan Bahasa Arab Malaysia melalui seni khat sahaja,walaupun saya bolehlah sikit-sikit sastera,nahwu dan lain-lain.Kalau PBAM ada majalah berkala,saya cuma akan sumbangkan khat sahaja tanpa artikel bahasa Arab,kerana saya merasakan khat ini masih ramai memerlukan pendedahan tentangnya.

Mungkin saya dipilih kerana saya memiliki blog ini,dan selalu melawat facebook PBAM,selain saya menghadiri AGM PBAM yang lepas,dan membayar yuran keahlian.

Walau apa pun,saya melihat tanggungjawab ini sebagai taklif bukan tasyrif.sekian..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails