Friday, January 21, 2011

ANALISIS GRAND FINALE GOMBAK

LETAK GAMBAR-GAMBAR DULU.UNTUK TATAPAN.ANALISIS AKAN MENYUSUL KEMUDIAN..
ok,baiklah saya akan memulakan cerita grand finale yang hebat!!sebelum pertandingan,kumpulan ini di bawah bimbingan Ustaz Azlan berlatih dan berlatih untuk grand final di CAC Gombak .Peringkat Nilai,mereka sudah nombor 1 diantara 7 kumpulan,dan pada hari terakhir,.sekali lagi mereka berlatih di bilik video(saya sempat melihat latihan mereka)Nilai sebelum rehearsal di Gombak tengah harinya..
Petangnya,saya dan keluarga pergi ke Gombak (zaujah nak lihat sebab majoriti mereka anak muridnya semester lepas).juga bersama kami tiga sister .Mereka nak naik kereta sendiri,namun oleh kerana ia tidak dibenarkan,kami pun bawaklah.bertolak jam 6.40,saya lalu MRR1,kerana dah maklum MRR2 SESAK.Namun,tanggapan kami salah,kami terperangkap dalam kesesakan yang teruk,sampai di CAC pukul 8.15 lepas solat Maghrib di stesen minyak.
Persembahan dimulakan dengan beberapa pelajar asing bercerita dalam bahasa Melayu..Cerita Pak KAdok diikuti cerita menarik dari seorang pelajar Tanzania.Selepas ucapan pembukaan,bermulalah pertandingan dari Nilai dahulu .Nilai datang dengan penyokong LEP yang ramai,bersemangat,begitu juga lecturernya.Qld lebih kurang 10 orang ! Nilai bermula.dengan tema Konsep Keluarga Dalam Islam,persembahan meyakinkan bermula.Semua pelakon -di atas pentas yang besar!- menunjukkan talent mereka.Antara watak yang menyerlah,suami isteri,ustazah..yang lelaki 3 orang memang mantap bangat!lawak,gembira,sedih,ceria..perasaan penonton seolah-olah dibuai,kagum,tepuk tangan silih berganti,yang endingnya mmg mantap..ceria,dan dalam masa 15 minit,selesai.Nampaknya Nilai berpeluang menang!Sehinggakan mc pun impressed dengan penggunaan 3 bahasa yang sekata.
Tiba persembahan kedua dari Pj,nampaknya semua lelaki!dipimpin oleh lecturer ELD(nampaknya ELD LAWAN QLD LAH,,)yang menjuarai persembahan Iep tahun lepas,satu persaingan yang hebat.Betul,bermula dengan kain rentang hitam yamg panjang,mereka mempersembahkan sesuatu yang lain.Skecthnya banyak,di kedai mamak,di gelanggang capaieora,di asrama,di pasar malam,juga nilai-nilai moral yang ditunjukkan banyak,tak solat,lepak,beli cd porno,tak puasa..yang lainnya ialah,mereka diringi oleh BAND MUZIK,,.Fully ,ada main gitar,drum,dan piano letrik!dan diakhir dengan lagu Andaiku Tahu live!!Persaingan yang menarik!Gombak pula,starting memang meletup,semua jadi patung,lepas tu,,tanpa mujamalah,two thumbs down.
Keputusan diumumkan,seperti dijangka,Gombak no 3.Sekarang,penentuan tempat 1..dan pemenangnya>>>>ada kata :Nilai!!!ada kata :Pj!!!dan mc mengumumkan :PJ!!
bERMULA selepas itu,sehingga keesokannya,saya dihujani persoalan:kenapa Pj menang?kenapa Nilai dapat no 2?Saya akan cuba menjelaskannya dari kaca mata hakim..
Hujah yang mengatakan nILAI perlu menang:
1-Cerita kekeluargaan dan sketch yang flow
2-watak yang hidup
3-gabungan lelucon,serius,sedih.gembira
4-penggunaan pentas yang maksimum
5-gabungan bro/sis
6-PENGGUNAAN BAHASA YANG JELAS.arab 60% malay 20% english 20%
7-penggunaan power point yang jelas
8-masa yang bagus!15 minit


Pj ,kata mereka tidak sepatutnya dapat no 1 kerana:
1- depa guna manila kad untuk tajuk setiap sketch,kenapa tak guna ppoint?
2-cerita tah apa-apa.tak faham!
3-terlalu byk benda negatif dipaparkan
4-guna muzik band,bukannya depa tak tau hukum ke?
5-semua lelaki,mana aci!
6-semua jenis pakai seluar jean,sempoi sangat!
7-bolehke reflection after death,dah mati,nak tobat buat apa?
8-masa panjang sangat!!sedap le buat cerita.
9-Bahasa Inggeris banyak 70%Malay 20% Arab 10%

Baiklah,itu antara kata-kata yang sempat saya titipkan disini.Untuk pengetahuan,markah no 1 dan 2 hanya berbeza 2 mata sahaja,378 dan 376,jadi memang dekat,dan hakim yang seramai 5 orang sudah tentu menilai dari kacamata mereka,dan kita perlu memahaminya.Ini memang nasiblah,ia tidak menyebelahi Nilai.Ada hikmahnya yang tersendiri.Saya dah menjelaskannya kepada anak-anak murid,dan Alhamdulillah mereka dpt terima pendapat saya.
Sebelum tu ,mari kita lihat semula kata2 dibawah:

1- depa guna manila kad untuk tajuk setiap sketch,kenapa tak guna ppoint?Jawapan:itu dipanggil kreativiti,betul,,ada yang x nampak,tapi hakim nampak,itu yang penting!
2-cerita tah apa-apa.tak faham! Jawapan:ceritanya difahami,bahkan kebanyakan adegan dapat difahami,contoh bab solat bila dia pakai kopiah dan bentang sejadah.!x perlukan bahasa
3-terlalu byk benda negatif dipaparkan .Jawapan-dari nilai negatif tulah dapat nilai positif
4-guna muzik band,bukannya depa tak tau hukum ke? muzik dan alatnya mubah.itu pandangan yang sederhana. boleh google..
5-semua lelaki,mana aci! Jawapan- x ada dalam syarat kena mix!
6-semua jenis pakai seluar jean,sempoi sangat! - tu mungkin kena dengan jalan cerita diaorang..
7-bolehke reflection after death,dah mati,nak tobat buat apa?jawapan-mesej nya ialah leps mati,tobat pun x guna.
8-masa panjang sangat!!sedap le buat cerita. jawapan- yang ini saya SETUJU,bila tidak ada time keeper,memangler sedap! dikatakan,tak lebih 15 minit,sebab itulah Nilai berlatih guna masa.Bila pertandingan,x ada time keeper lak!Akan datang ,harap ada time keeper/
9-Bahasa Inggeris banyak 70%Malay 20% Arab 10% - jawapan:adakah ini bermakna Bahasa Arab tidak mampu menang.Di Nilai,grup ini telah membuktikan.So,bahasa bukan masalah.CUma,jika Bahasa Arab dominan,saya cadangkan letak terjemahannya di slide.Dan kalau lebih bagus,ambil juri hakim dari luar seorang yang mahir dalam ilmu teater.

Jadi ,apa perbezaannya?Sama hebat,sama menarik,
sama mantop.Dari kaca mata hakim,saya menjelaskan kepada students,dan mereka bersetuju.Perbezaannya ialah cara kita memahami perkataan Got Talent!!
ia bermakna kita mesti menunjukkan TALENT KITA dalam variasi yang pelbagai dalam satu persembahan dan mencukupi.baiklah mari kita lihat Nilai dan Talentnya
:
1- lakonan
2-baca syair.sajak

Pj pula:
1-lakonan
2-real band muzik
3-nyanyian bukan miming
4-seni beladiri Brazil capaoiera


Ini bermakna,mereka menonjolkan 4 talent yang berlainan
Apapun,Nilai telah buat yang terbaik!!

cerita Pak Kadok..disampaikan oleh pelajar dari Bangladesh.hmm.Bangla tak heranlah.Ramai kat Malaysia ni ..2 bulan aje dah boleh cakap Melayu!


Mesti ramai yang kagum>sebenarnya,sister ni anak ex lecturer Uia Qld-dah dok Malaysia lama dah!!


banyak juga supporters from Nilai



Lupa lak pasal apa ni...?


استيقظي من النوم

ذكري،استيقظ من النوم قبل أن جاء أبوك،تذكر دائماً أن الله لا يحب الكسالى

اليوم،نريد أن نتعلم السجع الملايوي

I came from Thailand.ยินดีต้อนรับ

تبارك الله،جلوسا...مجاملة!!.

i have a call!!

ayah dan mak tiri...

nah.ambik mikrofon ni!


impressive band!!

gabungan muzik dan lakonan live


إلهي لست للفردوس أهلا...

curi cd di pasar malam..

kotak pun jadilah!!


capaoiera menarik!!


Andaiku Tahu


Translationnya...


Too much freezing men



Baling baju jauh tu..!


tak bbutir perbualan mereka...


monolg ni mantap!!


money!!money!!tgk dia pun geli..memang hidup!


Tahniah Pj!!!dan Tahniah juga Nilai..Tahun depan boleh cuba lagi!!


























No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails