Wednesday, January 13, 2010

مسابقة التهجئة العربية

Sedang membacakan soalan..

استمعوا جيدا.
hmm...macam mana nak eja ni ya?



أحسنت...



Alhamdulillah,baru-baru ini diadakan kuiz mengeja atau ala-ala "spell it right",di kelas ustaz LQM 1082 dan 1802. Diadakan pada hari yang sama.Kuiz ini anjuran LEP atau Language Enhancement Program di bawah seliaan Ustazah Haliza, yang mana semua level 1 Arab terlibat.

Di kelas HS,satu group mendahului dua lagi yang lain,namun ,pada pusingan ke-3,mereka tidak dapat mengeja dengan tepat.Walaupun begitu,ketiga- tiga kumpulan dapat memenangi hadiah kerana 18 orang sahaja semuanya.Di kelas ECONS pula, persaingan sengit sehingga ke penamat,yang mana johan hanya menang setengah markah sahaja .Namun,oleh kerana jumlah peserta dalam tiga kumpulan mencecah 9 orang,satu kontroversi tercetus apabila bilangan yang ramai sepatutnya dipecahkan lagi kepada 2 kumpulan lagi!Tapi,kuiz sudah dijalankan..dan semua pelajar mahukan hadiah..setelah berbincang dengan Ustazah Haliza dan Ustazah Manisah,ustaz mengambil keputusan untuk memberi hadiah kepada dua kumpulan sahaja, dan kumpulan ketiga beroleh pinggan khat dari ustaz sendiri.Tamatlah kontroversi,,Alhamdulillah..





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails